Kerajaan beri perhatian kekurangan tenaga kerja

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Mei – Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap masalah kekurangan tenaga kerja dalam beberapa sektor termasuk industri pembinaan untuk diisi dengan tenaga tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu selari dengan komitmen kerajaan bagi memastikan segala pelan dan projek pembangunan tidak tergendala berikutan masalah berkenaan.

“Walaupun kita sudah mempunyai hampir dua juta pekerja asing yang sah di negara ini, namun majikan di sektor berkenaan masih mengalami kekurangan tenaga kerja.

“Saya sebagai Menteri Dalam Negeri menyedari tentang perkara itu dan kita juga menggalakkan tenaga kerja tempatan yang berbakat dan mahir untuk memenuhi kekosongan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Persatuan Antarabangsa Pengangkutan Awam Asia Pasifik (UITP) ke-16, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply